Vincenzo

vincenzo ni drama yang famous di kalangan orang yang bukan penonton kdrama tegar. jadi ramai jugak la tanya aku "kau tak tengok vincenzo lagi ke?" and jawapan aku tetap sama "tunggu habis, nak marathon terus". so bila aku balik rumah dari asrama yang menyeksakan, aku tengok la vincenzo sebab aku mcm curious jugak la await orang suka sangat vincenzo nih. selain dari joongki hensem la, ofc.

awal2 tengok aku bosan. jujur cakap, aku tengok 3 eps lepastu aku stop. aku layan bts jap, pastu tengok benda tah pape kat yt aku pon x hengat dah. for sure bosan. aku cuma curious nak tahu pasal emas tu je. selain dari tu aku tak tertarik langsung. but after 4 days kut, aku sambung lah tengok sebab kesian pulak, tengok separuh jalan. 

start eps 4 it gets interesting. dia dah mula balas dendam dekat Babel Group dekat mahkamah. aku suka giler cara vincenzo handle masalah. like ada je plan dia. tak plan A, ada plan B. dia macam buatkan aku speechless kejap. like "how eh kau boleh fikir mcm tu?". dasar mafia HAHAHA. but ngl joongki hits hard gila dalam drama ni. sumpah dia hot habis. aku sumpah simp habis. aku suka everytime orang ugut or jerit2 kat dia, muka dia tenang je, cool je. macam tak ada impact langsung. gilo.

tengok vincenzo ni kesabaran memang kena tinggi. sumpah aku sikit lagi nak tumbuk skrin laptop sebab bengang habis dengan watak jahat dia, jang hanseok tu. kejahatan dia tu an, memang lain dari lain. kejam. tak ada hati perut. and sepanjang cerita ni, aku tak tau la berapa banyak orang yang dah terbunuh. kejam namampus. 

tengok vincenzo ni kena kumpul mood. kalau tak ada mood, mahu semua scene aku skip. tapi bila ada mood, ha aku keluarkan jugak lah reaction walaupun macam fake jugak kadang2. HAHAHAHHA. 

ending dia paling memuaskan. tak tipu. worth it giler. aku dah lah dah banyak namampus maki sepanjang tengok drama ni. nasib la ending dia tak hancur kalau tak memang aku bunuh writer and PD drama ni. 

rate : 9/10